Categories: Trending

“Nervous, But It’s A Competition…” Aina Abdul Akui Risau Bertarung Di Pentas Vokal Mania

Penyanyi Aina Abdul mendedahkan dirinya risau untuk tampil bertanding di pentas Vokal Mania yang bermula malam ini.

Menurut Aina, beliau gementar untuk bertarung dengan diri sendiri di samping rakan-rakan artis yang dianggap lebih berpengalaman serta rookies yang mempunyai bakat hebat dan vokal mantap.

” Dengar je nama competition, Aina dah risau sebab semuanya hebat-hebat. Tapi, most importantly Aina akan bertarung dengan diri sendiri dan come up dengan kelainan yang cuba dibawakan sepanjang 6 minggu nanti” Katanya kepada Xtra.

Teringat pada pertandingan lalu

Sumber : tonton

Aina, atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 27, turut menjelaskan beraksi di pentas Vokal Mania sedikit sebanyak membuatkan beliau teringat pada pertandingan Mentor Legend yang disertainya pada tahun 2014.

“Dia punya vibes tu, buatkan Aina teringat pada pertandingan Mentor Legend, dan nervous juga sebab nak appear kat tv every week”

Bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak ini berpendapat pemilihan lagu yang terbaik dan peluang untuk beraksi di pentas Vokal Mania menjadikan Aina lebih bersemangat.

Jadi, kalau nak tahu bagaimana agaknya persembahan dan lagu yang bakal dibawakan oleh Aina nanti, jangan lupa saksikan Vokal Mania, pada setiap Sabtu, 9 malam hanya di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

Salma Syahbuddin