Trending By: Padin February 25, 2022 @ 3:59pm

Datuk K Dedah Perangai Asyraf Khalid Berubah 360 Darjah

Hmm, apakah perubahan yang dimaksudkan suami penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ni?

Dedah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, beliau mula menyedari perubahan anaknya, Asyraf Khalid disebabkan seorang lelaki bergelar Mentor Usahawan semasa sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Mesti ramai yang boleh teka siapakah Mentor Usahawan yang disebutkan ni kan?

“Tiada seorang guru yang boleh ajar Asyraf” – Datuk K

Haa, kalau anda nak tahu, sebenarnya perubahan yang dimaksudkan Datuk K tu adalah perubahan positif Asyraf setelah mendapat bimbingan dari Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh tiga tahun saja.

“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,” kata Asyraf.

Dulu budak nakal dan selalu kecewakan bapa

Tambah Asyraf, beliau dulu merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan dirinya sangat tak berjaya.

Beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. Asyraf juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bapanya yang sentiasa beri bimbingan dan sentiasa percaya pada dirinya meskipun banyak kali gagal dalam hidup.

“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Asyraf juga melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

Malah nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

Datuk K mengaku cemburu dengan Azizan

Eh, kenapa pulak cemburu ni Datuk K?

Jelas Datuk K, beliau cemburu dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Azizan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan. Bukan hanya jutawan, malah mereka juga dibimbing untuk mengingati Tuhan, beribadah dan bersedekah.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Aug 2021

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. […]

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Better dengar Sembang Viral ni, banyak info dan ilmu yang kita boleh belajar. Jangan Dengar benda laghaa je…💥💥💥

Trending Wed, 4 Nov 2020

Pertimbangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Kita perlu penyelesaian jangka panjang..

Featured Mon, 20 Jun 2022

“Alhamdulillah, Jangan Risau Ya..” – Netizen Luah Rasa Syukur Rumah Amanah Sudi Jaga 41 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor

Ya Allah, Alhamdulillah terima kasih Rumah Amanah. Damailah dengan tenang di sana Allahyarham Adibah Noor.

Featured Mon, 24 Jun 2024

Lama Menyepi, Aliff Aziz Kongsi Video Nyanyian Di IG Beserta Hashtag #TheComebackKid

Buat yang rindu Aliff Aziz tu, ni dia lagu Hal Hebat untuk korang semua!

Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Hiburan Thu, 11 May 2023

Dikecam Netizen Pakai Crop Top Wanita, DC Willie Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi rap baharu, DC Willie dikecam netizen kerana membuat persembahan dengan mengenakan pakaian wanita jenis ‘crop top’, baru-baru ini. Pakaian tersebut meraih perhatian netizen yang memberitahu ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang […]