Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 31, 2023 @ 11:16pm

[VIDEO] “Buat Investment, Jangan Belanja Sesuka Hati” – Berjaya Beli Rumah Di Dubai, Siti Nurhaliza Beri Nasihat Kepada Orang Ramai

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai selepas membeli sebuah rumah di negara terkemuka, Dubai.

Artikel Berkaitan: Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Berdasarkan sebuah temubual bersama Melodi, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu berkata pembelian rumah di Dubai itu adalah salah satu pelaburan buatnya.

Sementara itu, Siti turut memberi pesanan kepada semua penonton Melodi untuk membuat simpanan demi masa hadapan keluarga, terutamanya anak-anak.

“Saya rasa ramai lagi orang lain yang buat investment dari pelbagai bentuk.. Sekarang emas pun orang buat investment tau.

“Bagi saya sekarang ni semua orang dah buka mata dan lihat lebih jauh.. jadi bagi saya baguslah.

“Apa saja investment yang bagus untuk kita dan anak-anak kita buat. Jangan kita buat duit kita belanja sesuka hati sebab sekarang inflasi ekonomi pun tidak menentu.

“Jadi kita kena fikir apa yang boleh menambah simpanan ataupun investment kita,” katanya.

Dalam pada itu, disoal mengenai peracangannya selepas membeli rumah di Dubai, Siti memohon doa ramai untuk dikurniakan rezeki demi mengembangkan perniagaannya.

“Doakan saya, diberikan yang murah… Bukanlah saya nak kumpul banyak-banyak, tidak. Bagi saya salah satunya mahu mengembangkan perniagaan saya, itu saja..,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Baru Hari Pertama, Munafik 2 Catat Kutipan RM 2.05 Juta

Jumlah kutipan itu turut disahkan oleh penerbitnya, Datuk Yusof Haslam dengan merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Ikmal Amry dah amalkan sikap terbuka dan jujur dengan isteri sejak awal bercinta

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Aliff Syukri Naik Angin Gara- Gara Isu K****?

Bukan apa, sesetengah netizen telah mengkritik penampilannya di sekeping foto yang dimuatnaik, baru-baru ini.

Trending Fri, 21 Aug 2020
Hiburan Thu, 26 Jun 2025

Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Keperibadian Athisha Khan dibandingkan dengan Ameera Khan

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷 […]

error: Content is protected !!