Categories: Trending

Degupan Itu Akhirnya Terhenti Dan Hilang Dari Pandangan – Amy Search

Tekanan dan kesedihan yang dialami isteri kepada rocker legenda, Amy Search, kebelakangan ini barangkali penyebab utama kesihatannya terjejas sehingga mengalami keguguran.

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai berita keguguran isterinya, Norish Hassan, selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Penyanyi lagu Isabella itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.

Foto: Instagram Amy Search

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA.  AmeenYRA,” luah Amy.

Pada 25 Mei lalu, Amy meluahkan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkongsian hidup selama 15 tahun, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar

Yanie Baharom