Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 28, 2022 @ 6:41am

Dengarkanlah, Di Sepanjang Malam Aku Berdoa… Kenali Pemuda Viral Penyanyi Lagu ‘Cinta Sampai Mati’

Mungkin ramai yang mengenali lagu ‘dengarkanlah, di sepanjang malam aku berdoa’ yang popular di laman sosial terutamanya TikTok.

Namun begitu, pastinya ramai yang masih tidak tahu siapakah pelantun lagu viral berjudul Cinta Sampai Mati, nyanyian Raffa Affar.

Pemuda kelahiran Depok, berasal dari Jawa Barat, Indonesia ini, mempunyai nama lengkap Raffa Aldiansyah dan berusia 20 tahun.

Dia adalah selebriti muda yang berjaya, mempunyai banyak pengikut di media sosial dan itu terbukti dengan mempunyai lebih 4.3 juta pengikut di aplikasi TikTok.

Single Cinta Sampai Mati ini adalah single sulung Raffa yang merupakan ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band.

Ia dilancarkan bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura sahaja manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain-lain negara, ia dilancarkan dibawah label muzik Botram Media Entertainment.

Raffa mengaku, sudah lama ingin mempunyai single original sendiri, dan terwujud pada single Cinta Sampai Mati dan Raffa berharap single ini di sukai orang ramai.

Raffa yang dikenal dengan suara unik dan wajah kacak ini membawakan genre lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid.

Selain membawa genrenye tersendiri, Raffa gemar menyanyikan semula (cover) lagu lain yang popular untuk dikongsikan ke dalam akaun media sosialnya.

Untuk single perdana ini, Raffa telah cuba hasilkan genre muzik yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu viral.

Pada asalnya, single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih universal, agar lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada, kepada keluarga dan kepada pasangan.

Maka, terciptalah judul baru yang mempunyai lirik baru dalam lagu ini seperti ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa. Oleh itu, menjelang pelancaran lagu ini, judul diberi Cinta Sampai Mati.

Single ini antara single pertama berkolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertaintment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Waktu Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik Kerja Awal?” – Kenyataan Cef Zam Cetus Perdebatan Hangat Netizen

Cef Zam mempersoalkan alasan mereka yang dikatakan tergesa-gesa untuk pulang sebelum waktu berbuka puasa

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Mon, 17 Apr 2023
Trending Sat, 7 Jul 2018

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.

Hiburan Tue, 20 Jan 2026
Trending Mon, 17 Dec 2018

Pelumba Cub Prix Terpantas Jempol Meninggal Dunia

Al-fatihah buat keluarga Allahyarham Mohd Nor Azman

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Alamak, kenapa Aliff dengan Ruhainies diam membisu je, tak apalah sama-sama kita nantikan perkembangan kes tahun depan!

error: Content is protected !!