Categories: Trending

Dibenarkan Bercuti Di Langkawi Jika Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.

Ini kerana, hanya individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenar bercuti di Langkawi selepas pulau peranginan itu dijangka dibuka kepada pengunjung pada September ini.

“Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pula perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, pihaknya yakin pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi akan memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau itu.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin