Categories: Trending

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh keluar bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja hanya bekerja dari rumah.

“Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sudah dikeluarkan sebelum ini,” katanya

Kebenaran bekerja pula hanya bagi perkhidmatan perlu atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

Dan, pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang DIBENARKAN sahaja boleh menggunakan surat MITI yang dikeluarkan sebelum ini.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin