Featured By: Yanie Baharom June 1, 2018 @ 2:00pm

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Wajah ayu dan manis kepunyaan pelakon dan penyampai televisyen, Hosiani James Jaimis dari Inanam, telah melayakkannya untuk bergelar juara dalam pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik Kaamatan malam semalam.

Dia sekaligus mengalahkan 45 peserta lain dalam acara itu yang telah diadakan sempena sambutan kemuncak Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di Penampang, Sabah.

Gadis Dusun berusia 25 tahun itu sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut akan mengambil alih gelaran berprestij daripada juara Unduk Ngadau tahun lalu, Kerinah Mah.

Upacara penyempurnaan gelaran Unduk Ngadau itu dilakukan oleh isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datin Seri Dr Jaina Sintian.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab yang menjadi sebahagian daripada penilaian pemenang Unduk Ngadau, Hosiani membuktikan kebolehannya berbahasa Dusun dengan fasih hingga mendapat sorakan orang ramai yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Ketika itu, Hosiani ditanya dalam bahasa Dusun mengenai pendapatnya berkaitan tema sambutan Kaamatan pada tahun ini, iaitu Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudaraan.

“Melalui Pesta Kaamatan, rakyat berbilang etnik dari daerah lain datang untuk sama-sama memeriahkan sambutan. Ini merupakan satu cara kita boleh mencapai asas budaya itu,” katanya.

Foto: Astro Awani

Sebagai pemenang, Hosiani membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM86,050 termasuk wang tunai, trofi, biasiswa pendidikan Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) dan Kolej Pelancongan Antarabangsa Asia (ATI).

Dia juga membawa pulang sebuah kereta berjenama Subaru, produk kecantikan serta tiket penerbangan pergi balik ke Mulu, Sarawak.

Sementara itu, Unduk Ngadau Penampang, Sherrylyn Jane Rannytho menduduki tempat kedua, manakala wakil dari Putatan, Vanessa Audrey Gilbert memenangi tempat ketiga.

Pertandingan Unduk Ngadau adalah acara penting Kaamatan yang diilhamkan daripada legenda Huminodun, seorang gadis yang dikorbankan oleh ayahnya, Kinoingan bagi menyelamatkan masyarakat Dusun daripada bencana kekurangan makanan.

Berdasarkan legenda, selepas Huminodun dikorbankan, hasil tanaman seperti padi memberikan tuaian yang banyak dan atas sebab itu jugalah Kaamatan disambut masyarakat Kadazandusun Murut untuk mensyukuri hasil tuaian yang diperoleh.

Ketika ini, selepas dinobatkan sebagai Unduk Ngadau, penerima gelaran itu kebiasaannya terbabit dalam kerja sosial dan kebajikan, selain membantu mempromosi pelancongan di Sabah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan

Acara Tue, 7 Mar 2023
Trending Sat, 16 Oct 2021

“Pelakon Kurang Followers Pun Kami Okay, Asalkan…” – Penerbit Tak Kisah Jika Artis Tiada Akaun Media Sosial

Pengarah Urusan dan Penerbit syarikat produksi Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjalin kerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai pengikut yang ramai ataupun artis yang tidak mempunyai akaun media sosial.

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Terima Kasih Selama Ni Jaga Makan & Sakit Aku” – Hubungan Persahabatan 2 Remaja Undang Cemburu Netizen

Tular sebuah video persahabatan dua orang remaja telah meraih perhatian warganet di media sosial. Dijaga oleh kawannya ketika sedang sakit, Fariz melahirkan rasa syukur mempunyai teman yang baik.. Aksi dimandikan oleh sahabatnya ketika Fariz sedang

| Live TV

error: Content is protected !!