Categories: Trending

Donald Trump Versi Wanita Ditemui Di Sepanyol. Ini Memang Lawak!

Di usia 64 tahun, wanita berasal dari Sepanyol ini tidak pernah terfikir untuk menjadi popular. Namun, keadaan itu terpaksa diterimanya apabila netizen di media sosial mula memberi perhatian kepadanya kerana mendapati wajah Doroles mirip dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Seorang wartawan yang membuat laporan mengenai perladangan di barat laut Sepanyol, memuat naik sekeping gambar Leis berpakaian seperti pekebun di Instagram.

Hasil dari perkongsian foto itu, mengundang ribuan maklum balas daripada netizen yang menyangkakan Leis adalah Donald Trump dalam penyamaran pakaian wanita. Haih macam-macam la netizen ni kan?

Malahan, wanita itu turut diminta untuk memberi komen mengenai dasar AS dan isu-isu antarabangsa meskipun dia lebih bimbang terhadap wabak yang melanda tanaman kentangnya.

“Saya kata ia mesti disebabkan warna rambut,” kata Leis kepada akhbar La Voz de Galicia pada Selasa.

Leis bagaimanapun mempunyai perbezaan yang ketara dengan Trump kerana dia tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak gemar berbual secara dalam talian.

Foto : cdn4.i-scmp.com

Sumber : AP News 

Yanie Baharom