Categories: Trending

Dua Individu Dilaporkan Meninggal Dunia Keracunan Makan Laksa, Kes Kini Dalam Siasatan

Keracunan makan laksa sehingga meninggal dunia? Biar betul!

Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang memaklumkan bahawa dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa yang dijual di gerai di Kampung Landak Kupang.

Bila anda mendengar perkhabaran sebegini jangan terus percaya, sebaliknya mengambil satu pendekatan iaitu berhati-hati.

Sahih atau tidak berita yang tular beberapa hari lalu itu, nampaknya Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak tidak mengambil mudah hal ini bahkan giat menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Landak Kupang, Baling yang mula tular di laman sosial, sejak kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu pemakluman melalui pesanan WhatsApp kepada Bernama memberitahu kedua-dua jabatan itu sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Foto: Astro Awani

Beliau berkata memandangkan kejadian tersebut melibatkan kematian dan merentasi sempadan negeri Kedah dan Perak, sebarang kenyataan rasmi akan dibuat melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Sumber: Bernama

Yanie Baharom