Categories: Trending

Ernie Zakri Runtun Hati Pendengar, Bikin Lagu Di Matamu Nyanyian Asal Sufian Suhaimi Semakin Tular.

Bukan saja memperoleh lebih satu juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 26 Februari lalu, malah single terbaru nukilan Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu, dijadikan sebagai cover songs oleh peminat termasuk artis tempatan.
Mengagumkan bukan apabila  lagu yang belum melalui proses rakaman studio itu namun telah dinyanyikan kembali oleh ribuan individu di Youtube. Bagaimanapun cover yang paling mendapat perhatian, pujian ramai dan tontonan paling tinggi sehingga tular adalah hasil nyanyian penyanyi Ernie Zakri.
Bukan setakat nyanyian dikatakan padu, Ernie yang dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu Aku Cinta, telah meruntun hati peminat dan pendengar dengan nyanyiannya yang cukup sayu serta memilukan.
Tidak dinafikan, lagu ditulis oleh Sufian Suhaimi ini cukup berkait rapat dengan kisah terputusnya ikatan pertunangan di antaranya dengan Elfira Loy yang masih menjadi bualan ramai meskipun sudah sebulan mereka membawa haluan masing-masing.
Yanie Baharom