Categories: LIFESTYLE

3 Tips Untuk Kekal Wajah Seperti Remaja

Siapa yang tidak inginkan wajah yang senantiasa muda dan remaja bukan ? Wajah kalau tidak di jaga dengan elok boleh menyebabkan penuaan pada kulit berlaku dengan pantas sebelum sampai waktunya. Ini dikongsikan 3 tips untuk senantiasa kekal wajah seperti remaja. Jom cuba mana tahu menjadikan !!!

  • Minum air kosong sebanyak 8 – 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Lagi banyak air kosong yang diambil, maka lagi meningkatlah kelembapan kulit wajah anda. Disamping membantu melembapkan kulit, pengambil air kosong yang kerap turut dikatakan mampu membuang toksin yang berlebihan di dalam badan. Oleh itu, kulit bukan sahaja cantik, malah ia juga mampu memberikan kesihatan yang baik untuk diri sendiri.
  • Sebelum tidur, amalkan mencuci wajah dengan air bersih. Ini kerana, kotoran dan bakteria yang terperangkap pada kulit wajah akan menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang. Oleh itu, sebelum tidur anda hendaklah membuang segala solekan yang berada di wajah agar proses penuaan tidak berlaku dengan begitu cepat.
  • Bagi individu yang aktif bersukan, anda digalakkan untuk mencuci muka sebelum melakukan sebarang aktiviti riadah ataupun senaman. Ini kerana, ketika berpeluh ia akan dapat mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terperangkap pada wajah.

Akhir sekali, sekiranya anda mengalami masalah kulit yang serius seperti kulit berjerawat ataupun berminyak, anda hendaklah mendapatkan rawatan pakar kulit atau dermatologis dengan segera. Dapatkan khidmat nasihat berkaitan apa yang perlu anda lakukan bagi mengatasi masalah kulit yang sensatif.

SGMS Enal