Trending By: tex_admin November 14, 2018 @ 11:00am

Exam SPM Tahun Hadapan Mungkin Akan Diawalkan!

Kita semua tahu bahawa, pelajar-pelajar tingkatan 5 sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berakhir pada 13 Disember nanti. Good luck pada semua yang terlibat!

Bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani SPM pada tahun depan, anda mungkin perlu bersiap sedia! Ini kerana, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah merancang untuk mengadakan peperiksaan SPM lebih awal sekitar akhir September atau awal Oktober.

Rancangan ini bertujuan untuk mewujudkan jadual peperiksaan yang lebih fleksibel berdasarkan logistik, keadaan cuaca dan kebajikan pelajar.

Menurut Dr. Maszlee, mata pelajaran elektif dan bukan teras yang melibatkan kemahiran dan kerja kursus akan terjejas dalam perjadualan baru ini.

“Bagaimanapun, tidak ada perubahan dalam penjadualan subjek teras yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pengajian Islam dan Sejarah,” katanya.

Antara mata pelajaran elektif yang dijangka diawalkan adalah seperti seni, pertukangan, Sains Komputer dan mata pelajaran bukan terasa seperti bahasa Kadazan Dusun dan Iban, Tasawwur Islam dan Muzik.

Selain itu, perancangan ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu mengurangkan tekanan kepada beberapa pelajar yang terpaksa menghadapi tempoh peperiksaan yang lama. Bukan itu saja, langkah ini juga akan mengurangkan beban pengawas yang bertugas.

Bagi penulis, rancangan ini sangat relavan! Ini kerana, penghujung tahun adalah musim tengkujuh dan sekiranya ada beberapa kawasan yang terjejas banjir, pelajar mungkin akan terganggu untuk menduduki peperiksaan.

Sumber: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Jul 2021

Pernah Rancang Nak Bersara, Ramlah Ram Pendam Keinginan

Penyanyi senior berbakat, Ramlah Ram, 56, mengakui pernah terfikir untuk bersara daripada dunia hiburan. Menurut Ramlah, keinginan itu hanya dipendamkan sahaja kerana minatnya yang mendalam dalam bidang nyanyian serta sokongan peminat yang tidak putus-putus. “Sejujurnya, […]

Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Sun, 27 Jun 2021

Jiggy Masin Diselubungi Misteri Dalam Seram Tak Seram!

Pelawak Jiggy Masin muncul sebagai teraju utama dalam karya terbaru yang disiarkan di TV9 berjudul Seram Tak Seram. Diterbitkan oleh Nafalia Corporation, naskhah ini bertemakan komedi seram yang mengisahkan tentang kisah di sebalik koleksi barang-barang […]

Trending Wed, 18 Mar 2020
Hiburan Thu, 2 Nov 2023