Categories: Trending

Fizo Omar Mahu Saman Pihak Fitnah, Nafi Mohon Bantuan Kerajaan

Nampaknya isu berkenaan bantuan khusus untuk golongan artis ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini bagai tiada kesudahannya. Turut terpalit sama, pelakon Fizo Omar tidak terlepas daripada dikecam warga netizen apabila ada pihak yang mendawa dirinya meminta bantuan khusus daripada pihak kerajaan.

Berang dengan tuduhan tersebut, Fizo Omar tidak teragak-agak untuk menyaman pihak yang memfitnah dirinya. Perkara ini merupakan satu fitnah terbesar dan sedikit sebanyak akan memburukkan nama dirinya dan keluarga.

“Ingin saya tegaskan saya tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak seperti yang didakwa di media sosial.

“Itu adalah satu fitnah besar terhadap diri saya. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah atau mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” jelasnya menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook.

Menurut Fizo, perkara ini merupakan satu salah faham apabila dia bertindak meninggalkan komen di ruangan foto Zarina Anjoulie di laman Instagram baru-baru ini berkenaan artis yang tidak malu meminta bantuan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah hingga mengundang kecaman.

Berang dengan komen tersebut, Zarina bertindak memuatnaik satu rakaman video bagi membidas semula komen Fizo.

Menurut Fizo, perkara ini merupakan satu salah faham dan dia meminta pihak berkenaan menarik semula kenyataan tersebut.

“Saya yakin apa yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham dan sebab itulah memberi kesan kepada saya dan keluarga hingga menerima komen negatif, cacian, makian dan hinaan.

“Saya maafkan anda semua dan berharap siapa yang terbabit sila tarik semula tuduhan sebelum saya mengambil tindakan sewajarnya kepada semua,” katanya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover