Categories: Trending

Covid-19 : 208 Kes Positif Terbaharu Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Bilangan jumlah pesakit sembuh terus meningkat!

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), merekodkan 5 lagi kematian berkaitan jangkitan Covid-19 setakat 5 petang ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak ini bertambah sebanyak 50 kes.

Manakala, bilangan kes positif baharu adalah sebanyak 208 kes. Dan ini sekaligus mencatatkan kes keseluruhan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 3,116 kes.

Sumber : Google

Daripada jumlah tersebut, seramai 105 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sebanyak 54 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 122 orang telah sembuh

“Ini menjadikan 767 pesakit atau 24.6 peratus telah sembuh dan discaj hospital,”

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, jam 8 malam di TV3.

Salma Syahbuddin