Categories: Trending

Wow! Gambar Trump – Jong Un Bersalam Jadi Perhatian

Pertemuan yang ditunggu-tunggu seluruh dunia akhirnya menjad kenyataan!

Selepas asyik berperang lisan dan mengancam memulakan perang nuklear, presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berjabat tangan dan tersenyum ketika memulakan pertemuan bersejarah di Singapura, hari ini.

Bagi kedua-dua pemimpin, yang pertama antara Jong-un dan Trump, ia berkemungkinan menjadi saat yang jelas dalam kerjaya mereka.

Pertemuan kedua-duanya tidak terfikir boleh dilakukan tahun lalu apabila ketegangan memuncak di rantau berkenaan berhubung program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara ketika ia berusaha mencapai matlamat membangunkan peluru berpandu dengan peledak nuklear yang boleh sampai di Amerika Syarikat.

Trump berjanji menghalang ia berlaku dan mengancam Korea Utara dengan perang yang tidak pernah disaksikan dunia.

SGMS Faida