Raya Macam VIP Di tonton Sehingga 30 Jun

Lebaran Tiba Lagi! Insha Allah dalam masa dua hari, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan umat Islam bakal meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Portal perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia, tonton tidak melepaskan peluang meraikan Syawal ini bersama para pelanggan menerusi pelancaran kempen Ramadan Raya #rayaMacamVIP yang sedang berlangsung dari 15 Mei sehingga ‪30 Jun 2018‬.

Kelangsungan dari beberapa pengisisan program dan kempen Ramadan Raya  tahun ini, tonton memperkenalkan karakter maskot terbaharu, Mimi dan Zozo.

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul memaklumkan usaha ini merupakan transformasi baharu yang terbaik tahun ini dari Tonton.

“ Sejajar dengan evolusi jenama tonton, kami sentiasa memberikan kelainan selain dari kepelbagaian kandungan hasil sokongan daripada 8.1 juta pengguna kami dalam menjadikan tonton portal perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu di Malaysia,” katanya.

SGMS Faida