Hafreez Adam Dah Jumpa Keluarga Zara Zya

“Doakan yang baik-baik untuk kami,” pinta pelakon Zara Zya yang semakin bahagia dengan kekasihnya, Hafreez Adam.

Di usia 33 tahun, Zara menyatakan dia sudah bersedia memegang status isteri namun perlu menunggu sang kekasih memulakan langkah.

“ Dia sudah berjumpa dengan ibu dan kakak saya. Cuma belum jumpa dengan bapa saja lagi,” katanya.

Zara yang baru saja tampil dengan single terbaharu, Tiada Dendam turut memberitahu kekasihnya itu tidak mahu bertunang.

“ Dia nak terus bernikah. Saya belum terfikir ke arah itu tetapi saya pinta semua doakan agar hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

“ Doakan yang terbaik untuk kami ya,” katanya.

Pasangan ini mula berkenalan sejak lima tahun lalu namun mula rapat di set penggambaran sebuah drama rantaian popular yang turut melibatkan Hafreez.

“ Dia suka mengusik dan pandai berlawak, itu yang membuatkan saya tertarik dengan dia. Yang penting dia tak merokok,” katanya.

Kami doakan semoga kalian segera ke pelaminan. Kalau dah jadi, jangan lupa jemput team Xtra okay!

SGMS Faida