Categories: Trending

Gemar Tenung Skrin Gajet? Baca ini…

Bila kepala asyik menunduk menggunakan gajet di tangan, jangan dibiarkan kerana kelak mengundang bahaya! Gajet bukan hanya menganggu perkembangan otak dan emosi, gajet juga menyumbang masalah penglihatan dalam kalangan pelajar sekolah.

Bila terlalu lama digunakan tanpa dikawal, inilah jadinya…

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata punca lain termasuklah faktor keturunan serta penyakit seperti amblyopia dan trauma atau kecederaan pada mata.

“Pada tahun lalu, data menunjukkan 6.3 peratus pelajar Tahun Satu mempunyai masalah penglihatan, manakala 4.1 peratus bagi pelajar Tahun Enam dan 2.7 peratus bagi pelajar Tingkatan Tiga, setelah diperiksa melalui perkhidmatan kesihatan sekolah.

“Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan kesihatan pelajar dipelihara, termasuklah memberi pendidikan kesihatan berkaitan penjagaan mata kepada mereka.

“Saringan pemeriksaan mata dilakukan secara berkala oleh pegawai kesihatan, dan pelajar yang mempunyai masalah penglihatan akan dirujuk dan diberi rawatan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SGMS Faida