Kejutan Pereka Popular Buat Siti Aafiyah

Sopan dan manis sekali persalinan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang berlangsung kelmarin. Baju rekaan pereka popular, Ezuwan Ismail ini telah mencuri perhatian pengunjung dan netizen. Cantik bukan?

Menurut Ezuwan, baju ini disiapkan dalam masa lapan jam sahaja tau. Fuh, hebat wak!

Bukan hanya persalinan rona hijau muda yang disarung Siti mendapat pujian malah gaun hijau yang dipakai oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid tidak kurang hebatnya. Sedondon ibu dan anak, comel sekali!

“ Saya amat teruja dan berbangga apabila diberi tanggungjawab mereka persalinan untuk majlis istimewa berkenaan.

“Seperti mana orang lain teruja menantikan kelahiran puteri sulung, saya sendiri juga tak terkecuali. Lebih mengujakan saya diberi peluang mereka pakaian untuk puterinya dan Siti sendiri untuk acara malam tadi.

“Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Siti dan pihak pengurusannya memilih saya mereka busana itu,” katanya.

Menurutnya kepada BH Online, Ezuwan sama sekali tidak sangka Siti memilih rekaanya untuk dipakai di majlis itu.

“Jujur saya amat terkejut kerana Siti mempunyai ramai pereka fesyen yang digemari, tetapi saya terpilih bagi merealisasikan majlis itu

“Dua hari lalu, kakitangan saya menyedang (fitting) busana itu yang menggunakan material dari fabrik sipon, renda dan kain jaring lembut serta taburan mutiara.

“Saya tidak dapat hadir pada sesi menyedang kerana berada di China bagi urusan produksi koleksi busana raya akan datang,” katanya.

Berita kelahiran puteri sulung penyanyi nombor satu negara ini nampaknya terus mendapat perhatian dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh para peminat. Comel sungguh anugerah terindah buat Siti Nurhaliza ini!

SGMS Faida