Little Miss Khan Mohon Maaf!

Beberapa hari lepas Little Miss Khan iaitu adik kepada, Neelofa ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila videonya memperlekehkan sebuah jenama telefon bimbit tular di laman sosial. 

Namun, menurut Amira sendiri beliau memohon maaf menerusi akaun instagram nya berhubung rakaman video tersebut. Menurut Amira, apa yang diucapkan nya itu sama sekali tidak disengajakan. Dan, baginya bukan niat untuk mencetuskan kemarahan mana-mana pihak.

Bagi Amira, dia mengakui kesilapannya itu dan berjanji bahawa selepas ini dia akan mempertimbangkan semula setiap apa yang ingin diperkatakannya dan tidak akan menyentuh sebarang isu kontroversi melibatkan mana-mana pihak.

Video yang tular itu telah ditonton lebih dari 309K kali melalui siaran Youtube. Dan, parodi video tersebut telah menduduki nombor 16 trending di Malaysia.

 

Salma Syahbuddin