Categories: Trending

Gempak! Ejen Ali Kini Boleh Ditonton Di Seluruh Dunia

Bagi semua peminat Ejen Ali syabas dan tahniah diucapkan kerana 6 judul animasi Malaysia kini berjaya menembusi Amazon Prime menerusi perjanjian yang dimeterai antara Primeworks Distribution iaitu Soccer Bugs, Cingkus Blues, Saladin, Knowsy Nina Wants To Know, Super Tots dan Ejen Ali yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation.

Pengiktirafan dunia terhadap animasi Malaysia

Sumber : Google

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, ini adalah peluang dan penghargaan yang dicapai oleh animasi Malaysia. Bukan sahaja, dari segi keuntungan pelaburan kewangan terhadap industri animasi malah, ia salah satu penyumbang kecil bagi memastikan industri animasi berkembang maju.

” Kami gembira menjadi sebahagian penyumbang kecil dalam usaha untuk memastikan bidang animasi Malaysia terus berkembang maju. Terima kasih diucapkan kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atas sokongan yang berterusan melalui bantuan kewangan, tunjuk ajar dan intel industri,”

Tembusi 50 negara seluruh dunia

Sumber : Google

Ejen Ali yang mencapai kejayaan luar biasa dalam dan luar negara turut menembusi lebih 50 negara seluruh dunia.

Dengan berbekalkan dua musim penuh siri animasi TV penuh aksi ini maka, tidak hairanlah Ejen Ali The Movie meraih kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysian Box Office menjadikannya filem animasi terlaris dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia.

Salma Syahbuddin