Categories: Trending

Geram Dengan Watak Farah Mokhtar, Peminat Minta Siti Khadijah Berhenti Berkawan Dengan Riena Diana?

Pelakon Riena Diana mengakui terhibur selepas menerima pelbagai kecaman dek kerana menjayakan watak sebagai Farah Mokhtar menerusi drama TV3, Wanita Syurga.

Sekadar info, Farah Mokhtar merupakan seorang penyondol yang merosakkan hubungan rumah tangga Ardini Zahira, lakonan Siti Khadijah dan Amar Ilhami, lakonan Redza Rosli menerusi drama arahan Riza Baharudin itu.

Menurut Riena, dia terkejut apabila watak yang dijayakannya menerima berbakul-bakul makian di media sosial.

“Ewah-ewah, korang memang suka-suka maki aku. Ya Allah, saya memang tengah membaca ni segala komen-komen awak semua. Belum lagi dekat Instagram DM, X, TikTok.

“Memaki Farah Mokhtar berbakul-bakul nok. Siap Bab*i kan saya. Betina tut betina tit. Siap Siti Khadijah dapat Dm supaya jangan berkawan dengan saya even in real life. You guys are crazy,” katanya di Instagram Story (Igs), semalam.

Lebih mencuit hati, Riena turut berkongsi perkongsian pelakon gandingannya, Siti Khadijah yang menerima mesej pesanan dari peminat supaya tidak terus berkawan dengannya kerana terkesan dengan watak yang dijayakan.

“Siti janganlah kawan dengan Riena in real life. Sakitlah mental saya tengok. Saya tak sukalah tengok dia rapat dengan awak. Sakit mata saya tengok,” kata salah seorang peminat Siti Khadijah.

Terhibur dengan perkongsian itu, Riena telah memberikan respons secara spontan dan berharap persahabatannya terus terpelihara.

“Peliharalah friendship ini. Sesungguhnya membenci Riena juga ke?,” usiknya.

Riena bagaimanapun menyatakan dia tidak mengambil hati terhadap setiap makian yang terima sebaliknya menganggap watak yang dijayakannya itu menjadi.

“But don’t worry, I tak take it personal pun because work is work, character is character. To me, if orang tak kecam lagi takut sebab maybe watak tu tak rasa or tak menjadi.

“So far, Alhamdulillah good feedback semua geram dan marah dekat Farah, bukan dekat Riena! so kuddos to everyone,” katanya.

Selain Riena, Siti Khadijah dan Redza Rosli, drama itu juga turut dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti, Marisa Yasmin, Nazim Othman, Puteri Khareeza, Syazuwan Hassan, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Wanita Syurga itu di Slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

 

Fatin Nurain