Categories: Trending

Geram! Video Warga Asing ‘Dibuli’ Di Kaunter Tular

Alahai… kenapa dilayan begitu sekali. Warga asing pun manusia yang layak mendapat layanan sama rata.

Video seorang warga asing mendapat layanan buruk di kaunter Imigresen kini tular!

Video pendek berdurasi sembilan saat itu menunjukkan kepala lelaki itu ‘diketuk’ oleh seorang pegawai lelaki menggunakan dokumen dipercayai pasport.

Berdasarkan video yang tular juga, insiden yang berlaku di kaunter nombor 4 ‘permohonan 3+1’ di sebuah cawangan pejabat Imigresen.

Pegawai itu dilihat mengambil tangan warga asing berkenaan dan meletakkannya di sebuah peranti dipercayai mesin pengimbas cap jari biometrik.

“Diam, diam, diam!,” tengking pegawai kepada warga asing itu.

Setakat ini, video tersebut dikongsi lebih 200 kali dengan lebih 4,000 kali tontonan.

SGMS Faida