Categories: TECHTech News

Jom Try 5 Aplikasi Terbaik Ini Supaya Ramadan Lebih Berkat

Alhamdulillah, tahun ni kita sempat berpuasa dan sudah beberapa hari kita meniti bulan Ramadan yang mulia. Admin confirm, ramai di antara korang dah start fokus pada ibadah dan melakukan amal supaya dapat menambah pahala kan?

Well, kalau belum mula lagi, tak apa. Teknologi di zaman kita makin maju, justeru itu admin ada senaraikan beberapa aplikasi yang boleh membantu korang supaya mengumpul pahal. Semoga Ramadan kali ini lebih berkat…

  1. The Ramadan Guide (App Store)

Dengan aplikasi ni, korang boleh merancang aktiviti harian dengan kombinasi ilustrasi dan panduan berguna yang ada. Dalam tu juga, ada penerangan setiap ayat Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris dan maksudnya. Download di SINI

 

  1. Beautiful Sayings of Prophet Muhammad

Aplikasi ini menawarkan pelbagai koleksi kata-kata indah dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Koleksi kata-kata indah ini adalah daripada Riyad-us-Saliheen, disertakan pelbagai sunnah untuk kita amalkan yang sudah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.

Download di SINI

  1. Ramadan Daily Dua

Aplikasi ini direka untuk menarik minat Muslim supaya rajin berdoa bukan saja sepanjang bulan Ramadan malah setiap hari. Dalam tu, ada doa berbeza setiap hari dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris malah ia boleh diamalkan ketika Iftar dan Sahur.

Download di SINI

  1. Qibla Compass

Aplikasi ini menawarkan info berguna dan arah kiblat untuk solat. Ia dilengkapi lokasi tepat menuju arah Mekah dari mana-mana lokasi di seluruh dunia. Ia juga dilengkapi notifikasi untuk mengingatkan pengguna waktu solat malah memainkan laungan azan.

Download di SINI untuk Android dan SINI untuk iOs

  1. Islamic Greeting Cards

Kalau korang nak hantar kad ucapan unik, menarik dan cantik-cantik boleh download aplikasi ni. Dari ayat suci Al-Quran, Hadis, kata-kata dakwah dan banyak lagi, semuanya boleh dihasilkan dan hantar terus ke kenalan atau ahli keluarga.

Download di SINI untuk Android dan SINI untuk iOs

Sebenarnya, banyak lagi applikasi menarik dan berguna di luar sana untuk korang guna sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Manfaatkan teknologi terkini untuk diamalkan setiap hari. Selamat berpuasa!

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal