Categories: Trending

Google Chrome Sekat Iklan Menyusahkan Pengguna Mulai Februari 2018

Rimas dengan pelbagai iklan di Google Chrome? 

Sebagai pengguna Google Chrome, perkara ini sememangnya sudah lama dinantikan. Google menerusi laman pembangun mereka telah mengumumkan bermula 15 Februari 2018, medium carian Chrome akan bersih daripada iklan-iklan yang mengganggu pengguna.

Langkah yang diambil merupakan hasil daripada piawaian yang dikeluarkan oleh persatuan gabungan syarikat-syarikat besar laman web seperti Google, Facebook dan beberapa yang lain.

Hal ini boleh membantu pengguna merasai pengalaman melayari internet dengan lebih baik lagi.

Antara bentuk-bentuk iklan yang mengganggu adalah seperti iklan pop-up, iklan yang memenuhi skrin paparan,iklan yang memainkan video secara auto dan banyak lagi.

Sumber: Google Developers

SGMS Putri