Categories: Trending

Guna dana bayar peguam untuk bantu keluarga mangsa tembakan Christchurch. Mulianya hati Egg Boy ini.

Tragedi memecahkan telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning, menjadikan Will Connolly, remaja bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan, mendadak popular.

Ramai yang membayangkan nasibnya mungkin berakhir di bilik penjara selepas didakwa di mahkamah kelak, namun perkara itu juga mungkin mustahil untuk berlaku kerana Will kini mendapat sokongan padu daripada masyarakat seluruh dunia yang menyokong tindakan beraninya.

Sehingga hari ini, belum pernah ada kes remaja yang bertindak memecahkan telur di kepala individu berpengaruh menjadi terkenal seperti Will.

Ini kerana dunia turut mengutuk tindakan Fraser yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana kenyataan kontroversinya mengenai kejadian tembakan di New Zealand ketika diwawancara oleh wartawan. Fraser yang ketika itu berada di Melbourne memberikan kenyataan balas dan Will berada di belakangnya sedang merakam video.

Fraser yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman sebelum itu telah menyebabkan kemarahan ramai termasuklah Will.

Ketika sesi temubual bersama wartawan beberapa hari selepas memberikan komentar negatif itu, Will yang turut berada di lokasi berkenaan menghampiri Fraser lalu memecahkan telur di atas kepala senator itu.

Menambahkan kemarahan ramai, apabila Fraser memberi tindak balas secepat kilat dengan menampar Will erta-merta. Bahkan Will dikawal dengan cukup ganas oleh beberapa orang yang berada di situ.

Hanya beberapa minit selepas kejadian itu, video Will tular di internet dan semua orang yang membenci Fraser menjulang Will kerana tindakan berani matinya itu.

Dunia melihat Will sebagai Hero dan pemuda berhati mulia kerana menentang keganasan dan perkauman secara nyata. Ini fakta yang perlu diketahui anda mengenai Egg Boy, Will Connolly.

1. Nama penuhnya Will Connolly. Ketika namanya trending di Internet, semua orang cuba mencarinya di Instagram namun terkeliru dengan satu lagi individu dengan nama yang sama. Ramai mula mengikuti Instagram aktor Amerika, Syarikat Will Connolly kerana menyangkakan dia ialah remaja yang membaling telur itu.

2. Namanya menjadi trending dan antara 10 carian tertinggi minggu lalu selain ‘New Zealand Shooting’ dan ‘Fraser Anning’.

3. Sebelum kejadian membaling telur, Instagram Will hanya memiliki 300 lebih pengikut. Pada hari pertama kejadian itu tular di internet, Will meraih sehingga 30,000 pengikut. Sehingga kini pengikutnya mencecah 653,000.

4. Penyokong Will kemudian menubuhkan tabung GoFundMe – ‘Money for Eggboy’ untuknya sekiranya dia didakwa di mahkamah. Sumbangan yang kini mencecah lebih 50,000 dolar adalah untuk kegunaannya melantik penguambela. Tetapi Will berkata, duit sumbangan itu sedang dalam proses untuk disalurkan kepada keluarga mangsa tembakan di Christchruch, New Zealand.

5. Will, 17 yang juga warga Australia menerima sokongan luar biasa daripada penduduk seluruh dunia. Dia juga ditawarkan tiket konsert kelas pertama seumur hidup daripada ramai band popular di Australia.

 

 

Sumber video: YouTube

Yanie Baharom