’Naik Hantu’ Atas Pentas BBB2019, Izzue Islam Buka Mulut!

Penyanyi Izzue Islam mengaku tindakannya di pentas minggu keempat Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) adalah luahan sebenar hatinya terhadap sesetengah netizen.

Kata Izzue sejurus ditemui selepas tamat persembahan, dia menafikan tindakan ‘naik hantu’ di pentas BBB2019 kerana sengaja mahu mencipta kontroversi.

“ Itu adalah luahan sebenar individu yang pernah mengalami situasi berita tentang mereka yang tiba-tiba viral tanpa usul periksa. Saya antara salah seorang yang pernah melalui hal sama.

“ Ada segelintir netizen yang suka-suka viralkan sesuatu benda tanpa mengetahui cerita sebenar di sebaliknya situasi itu. Saya ‘terjemahkan’ rasa marah itu di pentas. Kalaulah boleh marah macam apa yang saya buat di pentas…,”katanya kepada XTRA.

Izzue yang bergandingan dengan Chiwan membuat kejutan apabila dilihat turun dari pentas dengan tiba-tiba akibat terlalu marah.

“ Jangan salah faham, semua sudah dirancang. Takkan lah saya nak mengamuk tak tentu pasal di atas pentas. Tambahan program itu ditonton oleh ramai orang.

“ Apa yang saya harapkan, penonton ‘hadam’ apa yang cuba kami sampaikan terutama pengguna media sosial yang suka menviralkan berita-berita sensasi tanpa usul periksa. Nasihat saya, berubahlah,” akhirinya.

Program minggu keempat Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) memberi tugasan tentang Viral & Sosial Media kepada semua peserta.

Sementara itu, Achey muncul sebagai juara mingguan sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000. Tahniah Achey! 

SGMS Faida