Featured By: Atiqah Johari March 13, 2024 @ 6:29pm

Hadiahkan Isteri Telekung Bernilai RM12,000, Pengasas Jahit Sendiri & Hias Dengan 5,000 Swarovski

Pengasas dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman membelanjakan wang sebanyak RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski buat isterinya.

Untuk menghargai isteri tercinta, dia sendiri yang menjahit telekung mewah tersebut daripada awal hingga akhir.

Perkara itu mendapat perhatian ramai warganet apabila dia membuat kejutan untuk isterinya, Fatin Syazwani Ishak di aplikasi TikTok.

Memetik laporan Harian Metro, Syed memilih untuk menghadiahkan telekung kerana mahu memberi sesuatu yang berbeza dan boleh dimanfaatkan untuk tempoh masa yang panjang.

“Ikutkan sudah ratusan pakaian dijahit untuk isteri, bukan hanya untuk raya malah banyak juga dihasilkan sempena kenduri kahwin atau acara keramaian.

“Sebahagiannya pun sudah dijual dan kali ini, saya terdetik untuk buat kelainan dengan beri hadiah istimewa kepada isteri iaitu telekung.

“Sebelum ini isteri ada cakap yang dia teringin nak pakai satu telekung keluaran seorang pengasas di TikTok jika ada rezeki cuma setakat beritahu keinginannya saja dan tidak bersungguh minta.

“Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak beri hadiah telekung Swarovski buat isteri kerana sebelum ini selalu jahitkan bajunya ke majlis besar jadi apa salahnya melabur pula untuk pakaian ibadah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Syed juga menyatakan pemberian itu juga sebagai tanda kasih sayang terhadap Fatin selain telah banyak membantunya dalam perniagaan laksa bersama.

Lebih menarik, telekung tersebut berjaya disiapkan dalam masa seminggu sahaja.

“Tiada siapa tahu melainkan pembantu peribadi saya kerana saya berpakat dengannya untuk rahsiakan daripada pengetahuan isteri dan berniat beri hari ini sebelum kami ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih.

“Tak dinafikan, kosnya memang tinggi tapi saya tak nampak ia satu pembaziran walaupun pasti ada segelintir orang kata begitu kerana telekung itu pun nak guna untuk menghadap Tuhan.

“Bukan sekali pakai atau waktu pergi Tarawih saja malah nak solat di rumah atau umrah pun boleh sarung telekung itu,” ujarnya.

Namun begitu, Syed turut memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk menunjuk bahkan berasa riak dengan perkongsiannya itu.

“Diharap isteri suka dan sekurang-kurangnya, dia akan ingat hadiah itu sebagai kenangan serta hasil kerja tangan saya yang jahit telekung eksklusif untuknya.

“Bab pakaian ikut kemampuan masing-masing dan kalau mampu, tak ada masalah. Kalau kurang mampu, pakai apa yang ada saja,” jelasnya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2020
Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Events Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Mon, 13 Aug 2018
Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩