Categories: Trending

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Pastinya dengan kemunculan album Marhaba dengan 13 selawat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa ini tidak mematahkan semangat Hafiz Hamidun, 37, untuk terus berkarya.

Malah, album yang disifatkan sebagai epik, eksentrik dan megah ini turut menampilkan Mostafa Atef dari Mesir dalam “Man Sagher Habeetak” dan Naufal Zayne dalam “Khairal Bariyyah.”

Malah, album Marhaba ini juga telah di strim sebanyak 12,000 menerusi Spotify dan terjual lebih dari 3000 salinan setakat ini.

Konsert secara online

Bagaimanapun, Hafiz memaklumkan beliau kini dalam perancangan untuk membuat penampilan secara online disamping dapat menganjurkan konsert secara ‘virtual’ untuk album Marhaba.

“Saya harus menarik diri dari persembahan awam yang dijadualkan pada tahun 2021 dengan sopan. Ini keputusan yang sukar untuk dibuat, tetapi saya percaya sebagai seorang penghibur, saya harus memainkan peranan saya dalam perjuangan mengharungi pandemik ini”

Hasilkan video muzik sebelum Ramadan

Bukan itu sahaja, Hafiz juga sedang berusaha untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu video muzik sebelum Ramadan akan datang.

Kerana, sebelum ini Hafiz telah merancang untuk merakam video muzik di Aswan, Mesir namun terpaksa dihentikan akibat krisis Covid-19.

Apapun, semoga perancangan Hafiz Hamidun dalam memartabatkan album Marhaba dipermudahkan.

Salma Syahbuddin