Categories: Trending

Trending #3 Di YouTube, Joe Flizzow Berkolaborasi Dengan MK & Jay Park Dalam Ciao

Penyanyi rap popular, Joe Flizzow kini muncul dengan Ciao, lagu pertamanya untuk tahun 2021.

Single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia itu menggabungkan dua artis berbakat lain iaitu MK dan Jay Park dari Korea Selatan.

Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali yang membawa maksud ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’, single terbaru ini dicipta oleh Alyph.

Dengan adanya MK dan Jay Park, ia menjadikan Ciao sebagai pertemuan antara minda-minda hip-hop yang hebat, memberi penghormatan kepada beberapa artis rap terbaik dan terkenal.

Menemani single ini adalah video muzik yang bakal menarik perhatian diarahkan oleh ikon pakaian lelaki dan jurugaya Shahrin Bahar, di mana karya ini merupakan debut pengarahannya.

Menterjemahkan mesej lagu dengan tepat, bahasa visual dalam video ini yang digambarkan dengan sempurna dapat membuat anda merasa seolah-olah mampu menjangkau bintang.

Setakat artikel ini ditulis, muzik video Ciao kini berada di tangga ketiga carta trending YouTube dengan lebih 1.3 juta tontonan.

Padin