Categories: Trending

Hampir 480,000 Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19

Hampir 480,000 kanak-kanak di Amerika Syarikat dilaporkan dijangkiti Covid-19 sejak wabak itu bermula pada awal Mac lalu.

Angka itu adalah berdasarkan laporan Xinhua, memetik dari Akademik Pediatrik Amerika dan Persatuan Hospital Kanak-Kanak.

Kanak-kanak mewakili 9.5 peratus dari jumlah kes

Laporan itu menyebut, walaupun kanak-kanak hanya mewakili 9.5 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan berdasarkan usia, sejumlah 476,439 kanak-kanak diuji positif Covid-19.

Kadar keseluruhan adalah 631 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak dalam populasi. Dan, sebanyak 70,330 kes baru membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 13 hingga 27 Ogos, peningkatan sebanyak 17 peratus dalam tempoh dua minggu.

Kanak-kanak juga antara  0.6 hingga 4.1 peratus dilaporkan dirawat di hospital, manakala antara sifar hingga 0.3 peratus kematian Covid-19.

Bagaimanapun, penyakit berkaitan Covid-19 jarang berlaku dikalangan kanak-kanak.

Namun, pihak berkuasa perlu terus menyediakan laporan lengkap berhubung kes Covid-19 dikalangan kanak-kanak termasuklah, ujian, kemasukan ke wad dan kematian mengikut usia bagi proses pemantauan.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin