Trending By: Salma Syahbuddin September 2, 2020 @ 12:11pm

Hampir 480,000 Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19

Hampir 480,000 kanak-kanak di Amerika Syarikat dilaporkan dijangkiti Covid-19 sejak wabak itu bermula pada awal Mac lalu.

Angka itu adalah berdasarkan laporan Xinhua, memetik dari Akademik Pediatrik Amerika dan Persatuan Hospital Kanak-Kanak.

Kanak-kanak mewakili 9.5 peratus dari jumlah kes

Laporan itu menyebut, walaupun kanak-kanak hanya mewakili 9.5 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan berdasarkan usia, sejumlah 476,439 kanak-kanak diuji positif Covid-19.

Kadar keseluruhan adalah 631 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak dalam populasi. Dan, sebanyak 70,330 kes baru membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 13 hingga 27 Ogos, peningkatan sebanyak 17 peratus dalam tempoh dua minggu.

Kanak-kanak juga antara  0.6 hingga 4.1 peratus dilaporkan dirawat di hospital, manakala antara sifar hingga 0.3 peratus kematian Covid-19.

Bagaimanapun, penyakit berkaitan Covid-19 jarang berlaku dikalangan kanak-kanak.

Namun, pihak berkuasa perlu terus menyediakan laporan lengkap berhubung kes Covid-19 dikalangan kanak-kanak termasuklah, ujian, kemasukan ke wad dan kematian mengikut usia bagi proses pemantauan.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Farid Kamil Dipenjara Sembilan Bulan

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas […]

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Featured Fri, 24 Feb 2023