Categories: Trending

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Pasangan selebriti terkenal Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahay mata pertama.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Zahirah dan Aiman di laman Instagram masing-masing.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Zahirah memaklumkan bahawa kandungannya kini mencecah usia enam bulan.

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan semoga bayi mereka lahir dengan sihat dan selamat.

Pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 setelah bercinta selama hampir tiga tahun.

Jutaan tahniah diucapkan buat kedua-duanya! Semoga dipermudahkan segala urusan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”