Categories: Trending

Jangan Ambil Kesempatan, Patuh SOP Atau Bakal Berdepan Tindakan Tegas

Berikutan trend penurunan bilangan kes setiap hari, rakyat Malaysia diharap tidak mengambil kesempatan dalam melanggar PKPP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun kes positif Covid-19 menunjukkan trend penurunan, ia tidak bermakna rakyat boleh leka dengan mengingkari arahan PKP.

SOP adalah penting!

Pematuhan SOP adalah bentuk kerjasama dan kepatuhan rakyat terhadap proses memutuskan rantaian Covid-19 berikutan 36 kes direkodkan sejak semalam.

“Saya harap selagi PKP tidak ditamatkan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu tidak diperkenalkan oleh kerajaan, pematuhan terhadap PKP harus dikekalkan dan masih tanggungjawab bersama,” katanya.

Longgar PKPP atau kes meningkat

Tambahnya lagi, ada sesetengah negara berjaya mengawal jangkitan Covid-19 dan melonggarkan PKP mereka, namun akhirnya terdapat peningkatan mendadak selepas kelonggaran yang diberikan.

” Kita ambil iktibar pengalaman negara berkenaan, sesetengah negara menunjukkan tiada kes baharu (Covid-19), namun sebaik mereka melonggarkan PKP, kes baharu naik mendadak, kita tidak mahu keadaan seperti itu”

Namun begitu, perkembangan baik mengenai kes baharu menunjukkan trend penurunan perlu dijadikan perkara positif tetapi, orang ramai masih tertakluk untuk mematuhi arahan kerajaan melalui PKP fasa ketiga itu.

Salma Syahbuddin