Trending By: SGMS Faida December 12, 2018 @ 1:26am

Harimau Malaya Perlukan Keajaiban Di Hanoi

Skuad Harimau Malaya bakal meneruskan pemburuan piala AFF di Hanoi, Vietnam selepas seri 2-2 dengan Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Meskipun tanpa bekalan selesa sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi kedua Sabtu ini, kebangkitan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk mengikat skuad juara 2008 itu selepas ketinggalan dua gol harus dipuji.

Malaysia kini memerlukan keajaiban di Hanoi seperti yang dilakukan ketika menang 4-2 pada separuh akhir 2014 untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.

Kecederaan dialami Aidil Zafuan Abd Radzak dan penggantungan Syahmi Safari menyebabkan Cheng Hoe merombak bahagian pertahanan dengan menurunkan Irfan Zakaria dan Amirul Azhan Aznan buat kali pertama dalam kesebelasan utama.

Sorakan lebih 80,000 penyokong tuan rumah jelas tidak menggentarkan Vietnam yang tenang menyerap asakan skuad negara.

Skuad Naga Emas yang menduduki ranking ke-100 dunia itu menyentap semangat Harimau Malaya dengan menghasilkan dua gol dalam tempoh tiga minit.

Bermula dengan serangan pantas pada minit ke-22, bola hantaran lintang Phan Van Duc gagal dikeluarkan pertahanan negara untuk Nguyen Huy Hung menjaringkan gol pertama.

Belum sempat anak buah Cheng Hoe menyusun langkah, mereka dikejutkan dengan jaringan Pham Duc Huy menerusi rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Farizal Marlias di gawang.

Malaysia, juara 2010 yang tewas kepada Vietnam 0-2 di Hanoi dalam aksi peringkat kumpulan bangkit merapatkan kedudukan menerusi tandukan pertahanan tengah Shahrul Saad yang menyambar bola sepakan percuma Syamer Kutty Abba pada minit ke-36.

Semangat anak buah Cheng Hoe kembali membara apabila berjaya mengikat kedudukan pada minit-60 selepas pemain Pemain Paling Bernilai Kebangsaan, Safawi Rasid menghasilkan gol pertama peribadinya dalam kempen AFF menerusi sepakan percuma melencong menerjah jaring.

Malaysia hampir memperoleh gol kemenangan pada minit akhir permainan namun sepakan percuma Syafiq Ahmad diselamatkan penjaga gol Dang Van Lam. -Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Aug 2020

Lagi 213 Sekolah Ditutup

Lagi pertambahan sekolah ditutup

Featured Tue, 11 Jan 2022

Dr Say Shazril Risau Hadapi Kerosakan Buah Pinggang Tahap 2 & Air Kencing Berdarah

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan dirinya mengalami kerosakan buah pinggang tahap 2 ketika mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan penuh baru-baru ini. Menurut perkongsian di akaun Instagramnya, Dr. Say meluahkan perasaannya selepas mendapat keputusan […]

Featured Wed, 28 Apr 2021

PdPR Dilaksana 10 Hari Selepas Hari Raya Aidilfitri – Menteri Pendidikan

Walaupun beberapa sekolah telah ditutup akibat jangkitan Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan bahawa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sebaliknya ketetapan […]

Trending Thu, 13 Sep 2018
Trending Mon, 21 May 2018

Bulan Madu? Nanti Dulu…

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

error: Content is protected !!