Featured By: Aqilah Paharuzi November 9, 2022 @ 10:05am

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Pasangan pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan isterinya, aktes jelita Wawa Zainal sering menjadi perhatian netizen dek gelagat mereka yang dikatakan sangat ‘masuk air’.

Seperti sedia maklum, Aeril acap kali menjadi perbualan netizen gara-gara kerap berkongsi pautan kandungan di media sosial mengikut trend peredaran masa kini terutamanya di TikTok.

Digelar ‘President TikTok’, Aeril berkongsi hantaran baharu yang memaparkan isteri tercintanya, Wawa diminta ‘makan’ cable tempat pengecas telefon namun di akhir video Wawa seakan ‘meletop’.

Difahamkan trend meletop di hujung video itu baru sahaja tular di serata media sosial.

“Haha. Inilah ciri-ciri isteri soleha. Ikut je cakap suami @wawazainal,” tulisnya di ruang kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh telah menyediakan senarai calon isteri untuk menggantikan Wawa yang telah meletop dek video tular itu.

“Nak duda awal nampak?,” kata netizen.

“Adalah alasan boleh cari bini baru.. bini pertama dh OKU 😢,” ujar netizen lain.

“Siap boss , ada la dalam 2 3 orang calon yang boss nak , nanti saya tetapkan masa untuk boss pilih yang mne satu,” tulis salah seorang netizen.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan netizen yang mengkritik tindakan Aeril kerana dianggap akan memberi pandangan negatif kepada kanak-kanak yang mudah terpengaruh.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 500,000 tontonan, 36,000 tanda suka dan 400 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Sat, 22 Dec 2018

AWAS! Ini Peringatan Elvina Buat Si Penggoda Suami Orang

Saya tidak menyalahkan satu pihak saja, ini ibarat kalau tiada angin tak mungkin pokok bergoyang…

Featured Mon, 18 Mar 2019
Fab Foodies! Wed, 15 May 2019

Biar Betul! Buffet Best Ramadhan 2019 Paling Murah Di Dorsett Grand Subang

Serius la Buffet Ramadhan kat Dorsett Grand Subang serendah RM 99! Jom serbu!

Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020

Sekolah Dibuka Semula Bermula 24 Jun

Adik-adik dah bersedia?

Hiburan Fri, 3 Nov 2023