Featured By: Yanie Baharom March 18, 2019 @ 9:00am

7 sebab Merchantrade Money bantu wanita Islam untuk mengembara dengan selamat

Beratur panjang di hadapan kaunter pengurup wang asing dan sebelum itu terpaksa meredah kesesakan lalu lintas, boleh menjejaskan mood sepanjang hari.

Masakan tidak, biasanya apabila mencari lokasi terbaik untuk menukar wang sekitar Lembah Klang, ramai yang mencadangkan ke pengurup wang asing di Mid Valley, Ampang, Bukit Bintang dan Taman Tun Dr Ismail.

Kesemua kawasan yang disebutkan itu memang terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya! Apa tah lagi jika mengunjunginya selepas waktu kerja. 

Bayangkan juga apabila anda tidak berkesempatan untuk menukar wang kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja atau dibebani perkara-perkara penting pada saat akhir. 

Akhirnya, anda terpaksa menukar wang di kaunter pengurup wang di lapangan terbang yang biasanya kadar penukaran wang lebih mahal berbanding pengurup wang di luar. 

Sekiranya anda terdiri dalam golongan yang sentiasa berada dalam keadaan seperti ini, anda harus mencuba teknologi terbaharu yang tidak memerlukan anda untuk beratur panjang semata-mata ingin menukar wang ke mata wang yang diinginkan, iaitu Merchantrade Money.

I adalah teknologi baharu yang melibatkan penggunaan kad bagi pelbagai jenis transaksi di dunia. Walaupun ia hanya boleh didapati di 20 buah negara, tetapi ia adalah cara yang efisyen untuk membeli-belah di negara asing tanpa menukar mata wang. Ini kerana kad ini akan melakukan urusan penukaran wang asing untuk anda!

Merchantrade Money ialah kad Visa prabayar yang boleh menukar Ringgit Malaysia kepada pelbagai mata wang asing yang diinginkan. 

Dilancarkan pada 2018, bermula dengan lima matawang, kini Merchantrade Money menawarkan urus niaga dalam 20 mata wang antaranya  US dollar, Singapore Dollar, British Pound, Australian Dollar, Indonesian Rupee, Euro, Thai Baht, Yen, Saudi Riyal, China Renminbi, Hong Kong dollar, South Korean Won, Indian Rupee yang kini menjadi tumpuan para pelancong.

Kad pelbagai matawang ini boleh digunakan di serata 46 juta kedai/peniaga Visa di seluruh dunia di mana pengembara  boleh mengeluarkan mata wang asing di mana-mana mesin ATM automatik yang disokong oleh Visa dan tertakluk kepada caj bank luar negara masing-masing.

Pengguna hanya perlu menambah nilai kad tersebut dengan menggunakan pelbagai platform termasuklah melalui pemindahan wang atas talian seperti Maybank2u, CIMB Clicks, JomPay dan FPX. Selain itu, pemilik kad boleh menggunakan mana-mana bank ATM yang mempunyai fungsi VISA. Pemindahan dana atau wang boleh mencapai sehingga RM10,000!

Ia juga dikembarkan dengan aplikasi e-Wallet yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar anda yang membolehkan anda untuk melihat aliran wang yang anda pindahkan ke dalam kad tersebut. Mudah!

Hujung minggu lalu, pembabitan syarikat Merchantrade Asia Sdn Bhd  di dalam pameran MATTA Fair yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mendapat perhatian umum.

 

Foto: Pengunjung beratur panjang untuk mendaftar sebagai pemegang kad Visa Merchantrade Money.

Pengunjung MATTA Fair yang melanggan kad Merchantrade Money

Foto: Petugas Merchantrade Asia Sdn Bhd, memberi penjelasan mengenai penggunaan aplikasi e-Wallet.

 

Namun begitu, bagaimanakah ia boleh memberikan manfaat kepada anda? Berikut adalah kebaikan apabila menggunakan teknologi e-Wallet  yang disediakan oleh Merchantrade Money ini!

 

1. Menjamin keselamatan pengembara solo wanita

Foto: Instagram Engku Sulwani

Jika anda seorang wanita yang sedang mengembara di luar negara secara berseorangan, ini adalah pilihan terbaik untuk anda!

Ini kerana, ia dapat mengurangkan risiko untuk menjadi mangsa dirompak apabila berada di negara asing. Pelancong biasanya membawa sejumlah yang besar bagi memastikan bekalan wang adalah sentiasa mencukupi. 

Namun begitu, tindakan ini mampu mendedahkan mereka kepada bahaya seperti dirompak. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita!

 

2. Mengurangkan risiko menjadi mangsa penyeluk saku

Foto: Business Traveller

Tidak dapat dinafikan lagi apabila dikatakan bahawa pelancong sering menjadi mangsa penyeluk saku lebih-lebih lagi jika anda mengunjungi bandar-bandar besar seperti Paris.

Elakkan kejadian yang tidak diingini seperti ini dengan menggunakan kad visa Merchantrade Money.

 

3. Membeli-belah di butik kegemaran

Foto: Instagram Engku Sulwani

Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan. Oleh sebab e-Wallet boleh digunakan untuk menggantikan kad debit, wanita boleh membeli belah di butik dan kedai pakaian kegemaran mereka. Hal ini juga dapat membantu pelancong wanita yang ingin berbelanja tanpa memikirkan risiko diperdaya di negara asing. 

Selain itu, ia dapat membantu perniagaan tudung tempatan untuk berkembang. Ini kerana, mereka dapat menjana pendapatan daripada pelanggan Islam yang mendapat manfaat daripada teknologi ini.

 

4. Beli-belah di atas talian

Foto: Online shopping

Beli-belah di atas talian untuk lebih banyak produk dan perkhidmatan. Bagaimanakah cara urus niaganya, langkah dan prosedur pembelian sama saja seperti kad debit dan kad kredit yang lain. Malah, anda akan menerima penyata transaksi yang dilakukan termasuk baki akaun kad anda secara segera.

Bukan itu saja, semua transaksi menggunakan kad ini selamat kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan sama ada menerusi Kata Laluan Satu-Masa (OTP) untuk transaksi atas talian atau Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) untuk transaksi menggunakan pembaca cip terminal Kad atau transaksi ATM.

 

5. Membantu pelajar dan ahli perniagaan di luar negara

Foto: Mtrade Asia

Jika anda seorang pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara atau ahli perniagaan yang sering ke luar negara, e-Wallet daripada Merchantrade Money adalah pilihan yang terbaik.

Dengan memindahkan sejumlah wang ke dalam kad, anda dapat menikmati banyak faedah daripada perkhidmatan ini.

Jika anda berada di luar negara dan tidak mahu berurusan dengan syarikat pengurup wang asing di negara tersebut, anda boleh menggunakan ATM yang mempunyai fungsi VISA mengeluarkan wang. 

Dengan kadar faedah yang rendah, anda akan berasa lebih selesa dan selamat untuk mengembara ke luar negara tanpa membawa sejumlah wang yang banyak. Cubalah!

 

6. Pembayaran Cepat

Foto: Mtrade Asia

Kamera telefon bukan sahaja bertujuan untuk selfies, yang perlu anda lakukan adalah mengimbas kod QR dengan telefon anda untuk membayar secawan kopi yang dipesan oleh anda.

 

7. Pemindahan cepat

Foto: Mtrade Asia

Rakan atau keluarga anda yang memiliki Merchantrade Money boleh menerima wang dari anda di mana pun mereka berada.

 

Wah, mudah bukan? Akhir kata, kalau sudah ada jalan mudah, kenapa pilih jalan susah! Merchantrade e-Wallet sedia berkhidmat untuk anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Featured Tue, 7 Apr 2020
Featured Wed, 7 Feb 2018

Datuk Fazley Kongsi 8 Tip Diet

Personaliti serba boleh, Datuk Fazley Yaakob berkongsi 8 tips yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Tip mudah ini jika dilakukan secara berdispilin, pasti menunjukkan hasil.

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Tue, 16 Jan 2024

Kekal Tenang & Positif, Siti Nurhaliza Banyak Amalkan Istighfar

Mashaa-Allah, patutlah TokTi tenang & murah dengan senyuman sentiasa❤️❤️❤️

Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?