Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 3, 2023 @ 2:57pm

“Ibu Pernah Cadang Saya Jumpa Pakar…” – Fizi Ali Akui Hidup Terumbang-Ambing Lepas Bercerai, Isteri Berjaya Kembalikan Senyuman

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali memberitahu perkahwinan kali kedua bersama Siti Zulaikha mengembalikan semula kebahagiaan dalam hidupnya.

Memetik laporan Harian Metro, sejak bercerai, Fizi akui hidupnya terumbang-ambing dan menangis hampir setiap hari kerana merindui anaknya, Nurul Ameena Sofia.

“Sebelum ini, hidup saya sangat menyedihkan. Bayangkan setiap pagi saya nampak gembira di konti, namun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya akan menangis kerana terlalu merindui anak.

“Ibu saya juga pernah mencadangkan untuk pergi mendapatkan rawatan pakar kerana risau dengan keadaan kesihatan mental saya ketika itu.

“Pada masa sama, isteri pernah berjanji sebelum berkahwin untuk mengembalikan senyuman saya yang hilang. Alhamdulillah, dia benar-benar menepati janjinya itu,” katanya.

Disoal tentang hubungan dengan anak, Fizi bersyukur Ameena dapat menyesuaikan diri dengan isteri dan anak tirinya, Damia.

“Saya sangat bersyukur kerana Ameena mudah menyesuaikan diri dengan ibu tirinya. Mungkin kerana isteri seorang yang penyayang dan bijak mengambil hati kerana dia juga ibu tunggal yang memiliki seorang anak.

“Selama ini Ameena membesar sendirian tanpa adik-beradik lain. Jadi, bila mempunyai seorang kakak sekarang, dia nampak sangat gembira.

“Mereka sangat rapat, kalau ke mana-mana pun asyik berpegangan tangan,” ujarnya.

Susulan salah faham tentang gambar anak tiri menutup mulut Ameena, Fizi memilih untuk mendiamkan diri selepas menerima pelbagai kecaman bagi meredakan keadaan.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati termasuk pihak media kerana tidak membalas mesej mahupun panggilan ketika itu kerana saya mahu redakan keadaan kami yang trauma dengan kecaman ketika itu.

“Sebenarnya, sebelum bernikah, kami juga sudah bertunang pada Jun lalu tetapi saya terpaksa rahsiakan perkara itu kerana mahu selesaikan perkara wajib dengan pernikahan dulu,” jelasnya.

Untuk rekod, Fizi dan isteri, Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober lalu.

Sebelum ini, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 namun telah bercerai pada Disember 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Trending Mon, 24 Feb 2020

“Buta Mata Bukan Buta Hati”- Lelaki OKU Buktikan Cacat Penglihatan Satu Anugerah, Jadi Johan Tilawah Al-Quran

Ternyata cacat penglihatan bukan ujian sebaliknya satu anugerah  Tuhan.. Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Qari Qayyim dari Kelantan dinobatkan sebagai Juara pada kali ini.  Buta bukan ujian sebaliknya satu […]

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Mia Ahmad Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah Mia dan suami!

Featured Tue, 25 Oct 2022
Events Tue, 9 Jul 2019

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!从小对榴莲有阴影

林子祥笑称演唱会不需嘉宾!虽然常来大马,但自小就对榴莲有阴影……

error: Content is protected !!