Categories: Trending

Hawa Rizwana, Ally Iskandar & Douglas Lim Jadi Penyampai Radio

Pembaca berita Hawa Rizwana, pengacara Ally Iskandar serta pelakon dan pelawak popular, Douglas Lim merupakan penyampai baru segmen pagi platform radio Media Prima Berhad, RIPPLE.

Ally dan Hawa bergandingan untuk mengendalikan segmen pagi di stesen radio Kool FM, manakala Douglas akan berganding dengan penyampai sedia ada Fly FM iaitu Ili dalam segmen pagi bermula Isnin ini.

Sebelum itu, RIPPLE mengumumkan kemasukan semula Fara Fauzana dan AG di Hot FM untuk berganding dengan Fad Bocey dalam segmen Geng Pagi Hot.

Ally dan Hawa yang dikenali penonton menerusi kaca televisyen akan bergandingan di platform radio manakala Douglas yang terkenal dengan pengalamannya dalam bidang komedi akan bergandingan dengan penyampai sedia ada, Ili.

Bagi stesen radio One FM pula, penyampai sedia ada, Angeline pula digandingkan bersama Royce yang kembali ke udara selepas empat tahun berehat.

Selain itu, stesen radio Kool FM dan One FM juga bakal dikenali dengan jenama baharu yang akan diumumkan Isnin ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif RIPPLE, Nazri Noran, pada 19 Julai lalu mengumumkan transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi.

Ia termasuk perubahan kandungan dan barisan penyampai untuk semua stesen radio naungannya.

Padin