Categories: Selebriti

Dari Sukan Wushu Ke Dunia Hiburan, Eric Lau Lofstedt Sahut Cabaran Baharu

Jika sebelum ini, nama pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, Eric Lau Lofstedt dikenali menerusi penglibatannya dalam dunia sukan, kini dia menyahut cabaran baharu.

Jaguh wushu yang terkenal sebagai personaliti media sosial ini bersedia menggalas tanggungjawab berbeza.

Eric memacu peranan sebagai Ketua Mouseketeer baharu dalam Club Mickey Mouse Musim 4 selama 13 episod bermula 28 Julai lalu dan bakal bersiaran setiap Rabu di Disney+ Hotstar.

“Sejujurnya, ini adalah seperti mimpi jadi realiti kerana saya memang menggemari program Disney semenjak kecil! Awalnya, ia satu pengalaman yang sangat berlainan untuk saya tempuhi.

“Sesuatu yang baru buat diri saya kerana saya tak pernah menggalas tanggungjawab sebegini. Saya menjadi abang kepada yang lain dan saya tak sabar menantikan reaksi peminat,” katanya.

Eric bergabung tenaga dengan lima mouseketeer yang asal iaitu Wafiy, Erissa, Gabriel, Faiz, Ellya dan penambahan seorang ahli termuda, Melynna Rose.

Musim 4 turut memaparkan barisan kru berbakat yang diketuai Lina Tan selaku penerbit eksekutif, Shamyl Othman selaku pengarah dan serta Audi Mok yang kembali beraksi sebagai pengarah muzik.

Lebih menarik, musim baharu ini turut membawakan penampilan khas tetamu-tetamu selebriti baharu, terdiri daripada barisan selebriti seperti Alif Satar, Sean Lee, Nabil Mahir, Elaine Daly, Alyssa Dezek, Sarah Suhairi, De Fam dan ramai lagi.

Padin