Categories: Trending

Hebat Betul Penangan Cik B Dalam Lelaki Lingkungan Cinta… Sampai Mira Filzah & Ben Amir Ajak Berlakon Sekali!

Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Cik B seakan tidak percaya apabila pelakon popular seperti Mira Filzah dan Ben Amir mahu berlakon dengan dirinya.

Semuanya gara-gara kemunculan sulung Cik B sebagai seorang pelakon dalam drama bersiri terbaru, Lelaki Lingkungan Cinta yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3.

Cik B berkongsi tangkap layar dua pelakon terbabit yang memberikan reaksi terhadap penampilan pertamanya di kaca televisyen.

“Cik B bermimpikah?” tulis anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida ini di laman Twitter miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gelak Sampai Terjatuh Kerusi” – Reaksi Cik B First Time Tengok Lakonan Sendiri Buat Ramai Terhibur

Selain Cik B, drama bersiri arahan Emmi Suffian ini menggandingkan wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana dan ramai lagi.

Single terbaru penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudu Siapa Tak Mahu dijadikan lagu tema bagi drama bersiri terbabit!

Karya terbitan Zeel Production ini mendapat sentuhan penulis skrip Marr Mohamad dan ia merupakan sebuah cerita cinta yang diinspirasikan daripada novel berjudul sama karya Lily Haslina Nasir.

Jangan lupa saksikan Lelaki Lingkungan Cinta di slot Lestary, bermula 21 Oktober ini, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam, hanya di TV3!

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Tak Keruan Tunggu Drama Lelaki Lingkungan Cinta – Tok Ti Pun Sama, Tak Sabar Nak Tonton Lakonan Cik B!

Padin