Categories: Trending

Peruntukan Baucer 2 Juta Selangor E-Bazaar Disalurkan Buat PKS

Bantuan baucer bernilai RM2 juta sempena penganjuran Selangor E-bazaar akan berlangsung selama sebulan, bermula hari ini sehingga 26 November 2020.

10,000 Penerima PKS dan Perusahaan Mikro

Peruntukan dalam bentuk baucer ini akan disalurkan kepada 10,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Selangor, sempena kempen Jualan Mega Nov 11 (Single Day).

Inisiatif ini akan dianjurkan atas dua platform perniagaan dalam talian terbesar di Malaysia iaitu Shopee dan Lazada.

“Shopee dan Lazada akan menyediakan laman mikro khusus di platform masing-masing. Pengguna boleh mengakses laman mikro khusus berkenaan bagi menikmati diskaun menarik dari Shopee dan Lazada dengan baucar bersubsidi daripada kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”