Categories: Trending

Tun M Buat Kejutan di Pagi Sabtu?

Tun M mengejutkan warga yang berkunjung ke Tasik Putrajaya pagi tadi apabila beliau berbasikal (laju pulak tu!) yang menjadi sebahagian daripada rutin hidup sihat yang diamalkan beliau itu.   Jika rakyat Malaysia tidak merasa teruja melihat Perdana Menteri kita yang berusia 94 tahun ini menunggang basikal seperti gaya orang muda, tak tahu lah nak cakap apa!  Tahukah anda, Tun M kini merupakan Perdana Menteri semasa yang tertua di dunia dan pencapaian ini diterbitkan di Guinness World Records? Ya, itulah hakikat yang sangat membanggakan.

 

 

Memang ramai yang tertanya-tanya apakah agaknya rahsia beliau untuk kekal sehat dan aktif walaupun pada usia lanjut.  Mungkin ini salah satu resipinya dan bolehlah dijadikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jangan terkejut, antara aktiviti lain yang sering diamalkan beliau sebenarnya termasuk dalam katergori sukan lasak seperti menunggang kuda.  Hebat bukan? Selain daripada itu, Tun M juga pernah berpesan untuk membiasakan diri bangun pagi sebagai salah satu rutin harian yang sihat.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan Tun M dalam menerajui kepimpinan negara.  Dan untuk yang tinggal berhampiran dengan Putrajaya tu, bolehlah join Tun M berbasikal pagi-pagi!

 

Del14