Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 20, 2024 @ 1:32pm

Hormat Permintaan Suami… Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Fatin Afeefa Tak Ralat Tinggalkan Industri Seni

Pelakon Fatin Afeefa mendedahkan dia tidak berasa ralat meninggalkan industri hiburan tanah air demi menghormati permintaan suaminya, Aliff Awang.

Umum tahu, Afeefa sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air sejak berusia, lapan tahun dan dia lebih dikenali menerusi filem, Tentang Bulan.

Menurut Afeefa, meskipun tidak lagi berlakon dan menyanyi, suaminya masih membenarkannya membuat kempen.

Malah, Afeefa juga mengakui dirinya lebih tenang dan jselesa dengan kehidupannya kini kerana boleh memberi perhatian sepenuhnya terhadap keluarga.

“Selepas kahwin, suami tanya boleh ke tak payah berlakin dan menyanyi? Demi menghormati permintaan suami saya, saya pun jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.

“Tapi saya minta juga kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.

“Sekarang ini saya lebih suka duduk dekat rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi saya rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan,” katanya ketika ditemui XTRA.

Dalam pada itu, Afeefa turut mengakui dirinya sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik susulan permintaan suaminya yang mengutamakan batas aurat dan pergaulannya sebagai seorang muslim.

“Saya cuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami saya kata suara ni aurat kalau menyanyi. Jadi, saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

“Macam berlakon, semua tahu kebanyakkan akan secara bebas. Bila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang.

“Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Saya masih terima tawaran tapi kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod.

“Fokus sekarang keluarga sahaja. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini,” jelasnya.

Afeefa bagaimanapun mengakui setiap keputusan yang dibuat adalah untuk menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.

Malah, dia dan suaminya mahu menjadi seorang ibu bapa dan muslim yang baik dari semasa ke semasa.

“Kami mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model.

“Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga.”

Untuk info, Afeefa dan Aliff Awang telah berkahwin pada Disember 2022.

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Bersalin, Fatin Afeefa Pilih Kunci Mulut – “Doakan Yang Baik-Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Nov 2024

Enggan ‘Personal Shopper’ Guna Foto Miliknya Untuk Jual Bag, Elfira Loy Titip Pesanan – “Nanti Orang Tertipu Dia Bukan Cari PS, Dia Cari Saya”

“Walaupun bukan salah saya, tapi saya malas nak ada sakit kepala orang mengadu pada saya.” – Elfira Loy

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Wed, 28 Jan 2026

“Dalam Menang, Dia Sebenarnya Menjerut Leher Sendiri” – Luahan Anak Sulung Arwah Faziani Rohban Raih Tumpuan

Iqbar menegaskan keluarganya tidak pernah melupakan jasa baik, kasih dan sayang yang pernah ditunjukkan oleh bekas bapa tirinya itu.

Featured Sun, 12 Dec 2021

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya. Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber […]

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

error: Content is protected !!