Categories: Trending

Hujan Lebat Kategori Bahaya Bagi Negeri Pantai Timur

Memandangkan sekarang musim hujan, negeri Pantai Timur antara lokasi yang diramalkan bakal menerima hujan lebat kategori bahaya. Malaysian Meteorological Department telah megeluarkan amaran tentang bahayanya hujan lebat yang bakal turun. Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang dimana bukan setakat hujan lebat tetapi berpanjangan. Ini dimuat naik ke laman Facebook Met Malaysia

Amaran hujan peringkat merah dijangka akan berlaku dibeberapa daerah di negeri Kelantan dan Terengganu di mana amaran itu untuk tempoh 3 hari iaitu sehingga 30 November ini.

Berikut pecahan-pecahan amaran yang telah dikeluarkan oleh Met Malaysia.

AMARAN CUACA (BAHAYA)
SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) – Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.

Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Khamis, 30 November 2017.

SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA) – Dikemaskini pada 1:30 tengah hari 28 November 2017

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan & Maran), Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Khamis, 30 November 2017.

Sumber – Malaysian Meteorological Department

Credit : Siakap Keli 

Ditulis oleh :SGMS Enal

SGMS Putri