Categories: Trending

“I Cry Over And Over Again, Terbayang Kesakitan Juweta” OST Drama Takdir Yang Tertulis ‘Kendati’ Bikin Goosebumps!

Bagi peminat drama rantaian popular Takdir Yang Tertulis yang menemui peminatnya menerusi slot Samarinda TV3 ini, pastinya masih dibuai dengan amukan perasaan tiap kali menonton drama tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji lakonan Nad Zainal dan menganggap beliau berjaya membawakan watak tersebut dengan baik sehingga penonton sendiri boleh merasai keperitan yang dialami oleh beliau menerusi watak Juweta.

“I’m crying over and over, the soul of this song…”

Selain lakonan yang mantap dan jalan cerita yang menarik, pemilihan runut bunyi dalam sesuatu drama juga sedikit sebanyak membantu dalam membangkitkan emosi peminat setianya.

Justeru itu, tidak hairanlah jika runut bunyi bagi drama Nur, Nur 2, Adelia Sofea, Cari Aku Di Syurga dan Takdir Yang Tertulis, mendapat sambutan peminat drama melayu tempatan.

Melihat kepada komen netizen, nampaknya ramai yang memuji pemilihan lagu dalam setiap drama terbitan Radius One oleh penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat.

Ost Kendati Trending!

Sejak lagu ini dimuat naik menerusi Youtube pada 31 Januari lalu, nampaknya lagu Kendati nyanyian Amylea terus berada di kedudukan #11 trending dengan 223, 721 tontonan.

Bagi korang, yang belum mendengar runut bunyi drama popular Takdir Yang Tertulis, boleh dengar sekarang okay!

 

 

Salma Syahbuddin