“Saya Ada Tanggungjawab Baru..” – Intan Ladyana & Haris Aliff Selamat Bernikah

Pelakon, Intan Ladyana 38 selamat disatukan bersama pasangannya, Haris Aliff, 22 dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ketika ditemui di sidang media secara maya, Harris dan Intan kedua duanya meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harris turut sempat berkongsi perasaannya setelah bergelar suami,

“Sekarang ni saya rasa saya ada tanggungjawab baru sebagai ketua keluarga”.

“Selepas ini kami akan hidup berdua dan bermulalah alam rumah tangga” ujarnya dalam nada teruja.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga pihak Haris, Haris menjelaskan dirinya bersyukur kerana kedua belah pihak keluarga menerima hubungan mereka dari awal.

Dalam pada itu, Haris juga menegaskan dirinyabsentiasa memahami  kerjaya seni Intan dan tidak akan menghalang Intan untuk terus berlakon selepas mendirikan rumah tangga.

Apapun, tahniah buat kedua mempelai dari kami Xtra. Semoga hubungan yang dibina berkekalan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”