Categories: Trending

“I Miss You Mummy…” – Pertama Kali Bercuti Tanpa Ibu, Luahan Hati Anak Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Luahan hati anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah, Dzakira Talita Zahra atau Dekta, 8, mengundang sebak warganet.

Dekta meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya menerusi nota yang ditulis di atas sekeping kertas.

Perkara ini didedahkan oleh ibu tiri arwah Sarah, Siti Fatimah Suberi menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Ternampak Dekta tulis ayat ni. Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu. Nampak dari cara pandangan Talita sangat-sangat kerinduan,” tulisnya.

Dekta dan Fatimah kini bercuti di Pulau Langkawi, Kedah bersama keluarga besar mereka.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya yang turut sebak melihat Dekta yang merindui arwah ibunya.

Netizen juga sempat mendoakan agar Dekta kuat untuk mengharungi dugaan yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Fatimah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Dekta serta menghadiahkan Al-Fatihah untuk arwah Sarah.

“Terima kasih pada yang mendoakan untuk Talita dan yang menghadiahkan Al-Fatihah untuk ibu (Siti Sarah),” tulisnya lagi.

Padin