Categories: Trending

Ibadah korban & Solat Sunat Aidiladha Dibenarkan – MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2.

Takbir raya di masjid dan surau juga adalah dibenarkan namun, takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

Menurut MKN, ibadah korban bagi negeri-negeri Fasa 1 dan Fasa 2 dibenarkan mengikut ketetapan oleh pihak berkuasa agama negeri dan pihak-pihak berkaitan dengan penjarakan fizikal dan pematuhan.

“Selain itu, program ziarah raya, ziarah tanah perkuburan dan majlis jamuan atau rumah terbuka pula tidak dibenarkan,” katanya.

Bagi solat sunat Aidiladha,  setiap masjid dan surau yang dibenarkan perlu menyediakan kaunter masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan dan rekod kehadiran jemaah manakala, pemakaian pelitup muka diwajibkan.

“Pihak masjid dan surau juga diminta supaya kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk manakala, penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu satu masa.

“Masjid dan surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan jemaah,” Jelasnya.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin